A.
Pengertian
akad
Kontrak atau Akad dalam bahasa arab adalah ‘uqud jamak
dari ‘aqd, yang secara bahasa artinya, mengikat,bergabung, mengunci,
menahan, atau dengan kata lain membuat suatu perjanjian. Di dalam Hukum
Islam, aqd artinya: “Gabungan atau penyatuan dari penawaran (Ijab)
dan penerimaan (qabul)” yang sah sesuai dengan hukum
Islam. Ijab adalah penawaran dari pihak pertama,
sedangkan qabul adalah penerimaan dari penawaran yang disebutkan oleh
pihak pertama.
B.
Rukun
akad ada tiga, yaitu
1. Sighah,
yaitu pernyataan ijab dan qabul dari kedua belah pihak,
boleh dengan lafaz atau ucapan, boleh juga dilakukan dengan
tulisan, sighah, haruslah selaras
antara ijab dan qabul-nya. Apabila satu pihak menawarkan (ijab)
benda A dengan harga seratus rupiah, pihak lain haru menerima (qabul) dengan
menyebutkan benda A senilai seratus rupiah pula, bukan benda B yang harganya
150 rupiah. Dalamsighah kedua belah pihak harus jelas menyatakan
penawarannya dan pihak yang lain harus dengan jelas menerima tawarannya (transparansi), qabul harus
langsung diucapkan setelah ijab diucapkan, ijab dan qabul haruslah terkoneksi
satu dengan yang lain tanpa adanya halangan waktu dan tempat, misalnya ijab
ditawarkan hari ini dan dijawab 2 hari kemudian itu tidaklah sah, ijab dan
qabul juga harus di lakukan di dalam satu ruangan yang sama oleh kedua belah
pihak atau istilahnya harus di dalam satu majelis yang sama
2. Aqidan,
yaitu: pihak-pihak yang akan melakukan akad, kedua belah pihak yang akan
melaksanakan akad ini harus sudah mencapai usia akil-baligh (sesuai
hukum yang berlaku di suatu negara), harus dalam keadaan waras (tidak gila)
atau mempunyai akal yang sehat, harus dewasa (rushd) dan dapat
bertanggung jawab dalam bertindak, tidak boros, dan dapat dipercaya untuk
mengelola masalah keuangan dengan baik.
3. Mahal
al-aqd atau objek akad yaitu: jasa, atau benda-benda yang berharga dan
objek akad tersebut tidak dilarang oleh syariah.
C.
Pembagian
akad
1.
Pembahagian akad mengikut sifatnya dari aspek syarak, terbahagi kepada beberapa
jenis iaitu sahih (صحيح) , batil(باطل), nafiz (نافذ), mauquf (موقوف), lazim (لازم)
dan ja’iz (جائز).
a)
Akad sahih ialah
kontrak yang sempurna semua rukun dan syarat yang ditetapkan syarak dan tidak
ada sebarang unsur dan sifat meragukan yang boleh mengeluarkannya dari dikira
sah dari segi pensyariatannya. Hukum kontrak ini ialah sah dan sabit kesannya
serta-merta sebaik sahaja selesai ijab dan qabul jika tidak
ada khiyar dalam jual beli.
b)
Akad
batil ialah kontrak yang tidak sempurna (cacat) syarat dan rukunnya. Hukum kontrak
seperti ini ialah tidak sah dan tidak melahirkan sebarang kesan sedikit pun.
c)
Akad nafiz ialah
kontrak yang terbit dari seseorang yang mempunyai kelayakan dan kuasa untuk
melakukannya. Hukumnya ialah kontrak seperti ini menerbitkan kesan segera
sebaik sahaja ia dibuat, tanpa tertakluk kepada kelulusan dan keizinan
seseorang.
d)
Akad mauquf ialah
kontrak yang terbit dari seseorang yang mempunyai kelayakan untuk berkontrak,
tetapi dia tidak mempunyai kuasa untuk melakukannya seperti kontrak yang
dilakukan oleh kanak-kanak yang mumaiyiz bagi kontrak yang ada risiko untung
dan rugi. Hukumnya ialah kontrak ini tidak boleh melahirkan sebarang kesan
melainkan setelah mendapat kelulusan dan persetujuan oleh pemilik hak yang
berkuasa melakukannya. Jika pemilik hak tidak mempersetujui atau meluluskannya
maka kontrak itu menjadi batal.
e)
Akad lazim ialah
kontrak yang tidak membolehkan salah satu pihak yang memeterai kontak
membatalkannya tanpa persetujuan pihak yang lagi satu seperti kontrak sewa dan
jual beli.
f)
Akad jaiz ialah
kontrak yang membolehkan salah satu pihak yang berkontrak membatalkannya tanpa
sebarang persetujuan pihak yang lagi satu seperti kontrak wakalah.
2.
Pembahagian akad dari aspek ada atau tidak ada kesannya terhadap akad yang
dibuat pula terbahagi kepada munjiz(منجز), muallaq (معلق)
dan mustaqbali (مستقبلى).
a)
Akad munjiz ialah
kontrak yang dibuat dengan lafaz yang tidak digantungkan dengan sebatang syarat
dan tidak disandarkan pelaksanaannya pada masa hadapan. Kontrak seumpama ini
menerbitkan kesan segera ke atas kontrak sebaik sahaja ia dibentuk.
b)
Akad muallaq ialah
kontrak yang dikaitkan kewujudannya dengan wujudnya sesuatu yang lain.
Sekiranya wujud perkara tersebut maka wujudlah kontrak, jika sebaliknya maka
tidak berlakulah kontrak. Sebagai contoh si polan A berkata kepada si polan B,
“jika aku jadi keluar negara maka engkaulah menjadi wakil ku”. Kontrak seumpama
ini tidak akan terbentuk melainkan adanya syarat yang dikaitkan itu.
c)
Akad mustaqbali ialah
kontrak yang dibuat dengan lafaz penerimaan disandarkan pada masa yang akan
datang. Hukum kontrak ini ia akan berlaku atau terbentuk segera, tetapi
kesannya tidak ada kecuali pada waktu yang ditetapkan itu, iaitu waktu yang
disandarkan berlaku. (al-Zuhaily,Wahbah, Fiqh & perundangan Islam,
jld.4, hlm.235-248 dan al-Banhawi, Mohd Abdul Fatah, 1999, Fiqh
al-Muamalat Dirasah Muqaranah, Jamiah al-Azhar, Tanta, hlm.11-14.)
Kepemilikan dari objek akad harus sudah berada pada satu pihak,
dengan kata lain,objek akad harus ada pada saat akad dilaksanakan, kecuali pada
transaksi Salam dan Istisna. Objek akad harus sudah diketahui
oleh kedua belah pihak, beratnya, harganya, spesifikasinya, modelnya,
kualitasnya. Perlu diperhatikan di sini, di dalam hukum Islam, seseorang tidak
diperbolehkan untuk menjual sesuatu yang bukan miliknya, contohnya: menjual
burung-burung yang masih terbang di udara, atau menjual ikan-ikan yang masih
berenang di lautan lepas, karena tidak jelas berapa jumlah dan sulit untuk
menentukan harga pastinya, yang berakibat pada adanya unsur ketidakpastian
atau gharar. Ketidakpastian atau gharar ini dapat membatalkan
akad, sama halnya dengan Riba (interest/bunga bank) dan Maisir (judi). Ketiga
unsur tersebut sebaiknya dihindari dalam transaksi yang menggunakan akad
syariah.
No comments:
Post a Comment